02 November 2015

MARI KENALI KERETA PERODUA MYVI



PERODUA MYVI (2005-KINI)

Perodua Myvi ialah model kereta hatchback supermini/subpadat buatan pengilang kereta Malaysia, Perodua sejak tahun 2005. Myvi yang berasaskan Daihatsu Sirion/Boon generasi kedua dan Toyota Passo ini merupakan hasil usahasama Perodua dengan Toyota dan Daihatsu Japan. Myvi merupakan kereta yang terlaris selama lima tahun berturut-turut mulai tahun 2006 hingga 2015 di Malaysia. Banyak ciri cirinya yang menjadi pilihan utama yang selalu diperkata ialah jimat minya dan tiada kerenah yang kronik untuk injin dan part part lain..Myvi menguasai pasaran dan pengeluaran kekal hingga sekarang yang mana pelbagai variasi dikeluarkan dengan pelbagai penambah baikan bagi menyaingan kereta tempatan atau import yang lain..

MYVI GENERASI PERTAMA (2005-2011)

Kelengkapan Kereta Myvi terdiri daripada lima variasi: 1.0SR (manual 5 kelajuan), 1.3SX (manual 5 kelajuan), 1.3EZ (auto 4 kelajuan), 1.3SXi (manual 5 kelajuan), dan 1.3EZi “Premium” (auto 4 kelajuan). Juga terdapat Myvi “Edisi Khas” yang berciri bodykit yang terdiri daripada bampar yang terubah suai, skirt sisi dan spoiler. Myvi juga tersedia dengan sepasang beg udara dan ABS. Myvi dikeluarkan dalam warna-warna Ebony Black, Olive Green, perak, jingga, emas, merah, perak dan putih. Pada tahun 2008 rupa baru Myvi menampilkan pelbagai pilihan warna baru yang terdiri daripada Medallion Grey, Ivory White, Pearl White, Klasik Gold, Mistik Red, Ebony Black, Caribbean Blue dan Glittering Silver. Perodua terhebat ialah Myvi SE terdapat dengan warna Ivory White, Ebony Black, Glittering Siver, Pearl White dan Tangerine Orange yang eksklusif untuk Myvi SE.

Dalam Kereta Myvi terpasang satu daripada dua enjin empat lejang yang terdingin air daripada Daihatsu Sirion generasi pertama: enjin Ej-VE 1.0 liter dengan tiga silinder sebaris, atau Toyota Passo: enjin K3-VE 1.3 liter dengan empat silinder sebaris; kedua-dua sistem DVVT serta pancitan bahan api elektronik (EFI). Selain prestasi kasar, terdapat ciri-ciri yang sebelum ini jarang terdapat dalam kereta Perodua yang diturunkan oleh Sirion kepada Myvi, antaranya pemancit 4 lubang, uretana berbusa yang diinjek ke dalam A-pillar, centre pillar dan B-pillar untuk menebat hingar, sistem pelumpuh dan binaan badan pengurang kecederaan pejalan kaki. Antara ciri-ciri lain pula ialah kawalan aliran udara rangka bawah, pancarongga pengambilan resin dan penutup kepala yang disepadukan dengan peti pembersih udara (untuk enjin 1.0) dan roda tenaga yang anjal untuk mengurangkan getaran semasa berjalan (untuk transmisi manual).


MYVI VERSI 2008
Pada 22 Ogos 2008 Perodua Myvi versi baru dilancarkan dengan menampilkan perubahan pada kekisi depan, bampar depan, bonet, bampar belakang, rim aloi, warna dan reka bentuk papan pemuka, pemain MP3/WMA dan fabrik tempat duduk. Model 1.3 Premium pula turut dilengkapi kaca perlindungan UV yang baru, pelaras ketinggian tempat duduk, dan juga sistem audio baru dengan ciri-ciri USB dan Bluetooth. “Edisi Khas” Perodua Myvi SE baru ini juga dilancarkan pada 10 Oktober 2008 dengan bampar yang baru, lampu belakang yang jernih, lampu puncak gelap, papan pemuka ambar, tempat duduk kulit, dan pemain cakera padat 2-DIN dengan sokongan MP3, WMA, USB dan Bluetooth sebagai ganti unit bersepadu. Ia hanya terdapat dengan enjin 1.3L dengan transmisi manual atau automatik.

Pelancaran Perodua Myvi menandakan kali pertama Perodua bersaing sengit dengan Proton iaitu pembuat kereta Malaysia yang pertama yang memperkenalkan Proton Savvy yang setanding kelasnya ketika itu. Myvi 1.3 mengetepikan saingan Proton Savvy 1.2, untuk menjadi “Car of the Year 2005/2006″ oleh majalah tempatan Autocar ASEAN. Akhbar kewangan tempatan The Edge Daily melaporkan bahawa jualan Myvi jauh melampaui jangkaan awalnya dan menerima sambutan yang amat mengalakkan semenjak diperkenalkan pada bulan April. Proton Savvy yang mulai dipasarkan beberapa bulan selepas keluarnya Myvi tidak menjejaskan jualan Myvi. Setelah mengambil kira permintaan yang besar untuk Myvi, penjualan kereta itu naik mendadak pada tahun 2006.



MYVI GENERASI KEDUA (2011-KINI)

Perodua Myvi 2011 dilancarkan pada 16 Jun 2011. Perodua Myvi 2011 terdapat dalam tiga perapi untuk 1.3 liter iaitu Standard, Premium dan Elegance, dan dua untuk 1.5 liter iaitu Special Edition dan Extreme. Kesemuanya tersedia dengan transmisi automatik empat kelajuan dan manual lima kelajuan. Semua kereta model ini tersedia pasang beg udara duaan. ABS dan EBD terdapat pada varian Premium dan Elegance. Lampu kabut juga terdapat untuk varian Premium dan Elegance. Varian Standard pula ada rim keluli dengan pelitup manakala varian lain mendapat rim aloi. Kemudi Kuasa Elektronik sudah dipasang di semua kereta. Batang transmisi automatik dialihkan kepada dekat papan pemuka seperti Perodua Alza. Dalam varian Elegance sahaja tersedia sistem navigasi DVD berskrin sentuh 6 inci 2-DIN bersepadu dengan peta yang disumbangkan oleh Telekom Malaysia, di samping pemegang pintu krom dan kit badan yang berbeza. Myvi terdapat dalam enam warna, lima daripadanya metalik iaitu Ebony Black, Glittering Silver, Medallion Grey, Pearl White dan rona baru Mystical Purple; serta satu warna padu iaitu Ivory White.

Myvi 2011 dikuasakan oleh enjin K3-VE 1.3 liter dengan DVVT serta EFI. Walaupun sama enjinnya dengan generasi terdahulu, namun Perodua mengaku kenaikan 4HP dalam Myvi 2011 kerana kemudi kuasa elektronik (EPS) yang membolehkan Perodua untuk menyalurkan kuasa tambahan untuk meningkatkan kuasa kuda. Terdapat rangkaian kuasa automatik 4 kelajuan dan manual 5 kelajuan; kedua-dua transmisi ini memindahkan kuasa enjin kepada roda depan. Pada bampar belakang ada liang udara yang mengurangkan masalah kepakan. Beg udara SRS terpasang dalam semua kereta, maka Myvi merupakan kereta nasional pertama yang dipasang sedemikian. Tali sawat tengah tempat duduk belakang bertukar dari sekadar riba menjadi ELR tiga sudut. ISOFIX juga menjadi piawaian untuk semua Myvi 2011 untuk pemasangan tempat duduk kanak-kanak.


 Kesimpulan Myvi menjadi nadi kepada Perodua untuk terus menguasai pasaran kereta tempatan sejak 2005 hingga sekarang...ENJOYYY


 MYVI SE MODEL 2005

 MYVI SE MODEL 2011

MYVI SE MODEL 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan