19 September 2015

PROSEDUR PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN BAGI PENJAWAT AWAM MALAYSIA


Perkhidmatan Awam merupakan nadi utama bagi sesebuah negara, Perkhidmatan Awam yang efisyen, cepat, berdidikasi serta telus akan membantu memacu membangunkan sesebuah negara serta membantu rakyat jelata disetiap masa. Di negara kita kebajikan dan kemudahan dalam perkhidmatan Awam dijaga baik oleh kerajaan dari masa kesemasa ini akan membantu melahirkan Penjawat Awam yang berintegriti. Kerana mereka ini membawa agenda besar plan pembangunan kerajaan pada umumnya dan memberi perkhidmatan terbaik kepada kesejahteraan rakyat khasnya..

Sekarang ini ramai yang berebut rebut untuk memasuki Perkhidmatan Awam disebabkan banyak faktor, salah satunya ia merupakan kerja yang terjamin dipelbagai segi terutama disediakan pelbagai kemudahan. Apabila sudah memasuki Perkhidmatan Awam ada step step proses yang ramai tidak mengetahui .Jadi kali ini disertakan proses tersebut untuk pengetahuan anda diluar sana sebelum memasuki perkhidmatan ini...Ada tiga (3) proses utama ialah..
1. Pengesahan Pelantikan (PL)
2. Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP)
3. Pemberian Taraf Berpencen (PTB)


Pada masa sekarang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memperkenalkan sistem ePengesahan (www.epengesahan.spa.gov.my)yang lebih cepat dan telus tetapi cara manual perlu juga dibuat bagi tujuan rekod dan simpanan, Ia berguna bila ada audit nanti untuk dibandingkan apa yang dibuat dalam sistem dengan manual betul atau tidak.

Apabila memperolehi surat Pengesahan pelantikan dari SPA ia akan direkod dalam buku perkhidmatan kerajaan yang merupakan buku rekod untuk semua proses atau kejadian semasa berkhidmat. Semasa dalam perkhidmatan ada syarat wajib dipatuhi :
·         Berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun
·         Hadir dengan jayanya program transformasi minda
·         Lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan
·    Patuhi Surat Akur Janji dan Perkeliling Dan Peraturan Dalam Perkhidmatan Awam

Apabila berkhidmat selama 1 tahun keatas dan lulus tiga (3) syarat diatas dan tiada tindakan tatatertib proses kedua ialah Pengesahan Dalam Perkhidmatan. Dokumen yang diperlukan untuk proses (PDP) ini ialah :

·   Jadual Ketiga - Borang Perakuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan - Mengikut P.U. (A) 1/2012
·   Jadual Kelima - Borang Opsyen Bagi Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Mengikut Subseksyen 6A(1) Akta Pencen 1980 - Mengikut P.U. (A) 1/2012
·   Senarai Semak Pengesahan Dalam Perkhidmatan

**Contoh Format Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP)


‘KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA’
                                                                                                           
                                                                                                           IM:101/D-A/511-XXX(22)

Setiausaha                                                                                             27  Syaaban 1436H
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia                                           14 Jun 2015
Bahagian Perkhidmatan
Aras 8, Blok C7, Parcel C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 Putrajaya
(u.p: Puan Malaysia binti Nice)

Tuan,

PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
ENCIK NICE BIN CANTIK (NO KP: 123456-XX-1234)
PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP17

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.  

2.         Dimaklumkan pegawai ini dilantik pada 27.04.2014 dan telah memenuhi syarat seperti yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan dan sehingga kini beliau bebas daripada sebarang hukuman/tatatertib.

    ...     3.         Bersama-sama ini disertakan dokumen-dokumen seperti berikut untuk pertimbangan dan kelulusan tuan:-

i.      Jadual Ketiga – Borang Perakuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan
ii.     Jadual Kelima – Borang Opsyen bagi Skim KWSP Mengikut Subseksyen 6A(1)
iii.    Salinan Kenyataan Perkhidmatan
iv.   Salinan Keputusan Peperiksaan Perkhidmatan
v.    Salinan Sijil Program Transformasi Minda

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
‘MUDAH, CEPAT DAN BERINTEGRITI’

Saya yang menurut perintah,




(HARIMAU BIN NAGA)     
Pengarah Jabatan XXX MALAYSIA


  


P.U.(A)1




JADUAL KETIGA


BORANG PERAKUAN PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

[subperaturan 29(2)]




Saya dengan ini mengesahkan bahawa NICE BIN CANTIK  No. Kad Pengenalan 123456-XX-1234



 
                  diperakukan untuk disahkan dalam perkhidmatan kerana telah menjalankan tugasnya dengan jujur, tekun dan berkebolehan dan saya berpuas hati dengan sifat peribadi dan kelakuannya.*
atau


 
                  tidak diperakukan untuk disahkan dalam perkhidmatan kerana ...............................................................................................................................................................................................................................................................*


Tandatangan Ketua Jabatan  :     ..................................................................


Nama Ketua Jabatan              :     HARIMAU BIN NAGA


Kementerian/Jabatan             :     JABATAN XXXX MALAYSIA


Tarikh                                      :     ..................................................................

*Tandakan ( Ö  ) dalam kotak berkenaan







P.U.(A)1


JADUAL KELIMA

BORANG OPSYEN BAGI SKIM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
MENGIKUT SUBSEKSYEN 6A(1) AKTA PENCEN 1980

(peraturan 37)

Pengarah
Jabatan XXX Malaysia
Aras 700 Wisma Persekutuan
Jalan Tar
9999 Malaysia

Tuan,

Merujuk kepada pepraturan 37 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012], saya NICE BIN CANTIK No Kad Pengenalan 123456-XX-1234 yang dilantik sebagai PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP17 dalam perkhidmatan Kerajaan pada 27.04.2014 dengan ini membuat opsyen untuk*



 
 


                  memilih SKIM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)

atau


 
 


                  menolak SKIM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)


2.         Saya sesungguhnya mengaku memahami bahawa jika saya menolak SKIM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA, atau mengembalikan borang ini tanpa menyatakan apa-apa pilihan atau menyatakan apa-apa syarat kepada pilihan atau tidak mengembalikan borang opsyen ini mengikut peraturan yang ditetapkan, maka saya hendaklah diberi taraf sebagai pegawai berpencen mengikut Akta Pencen 1980.  Saya sesungguhnya mengetahui bahawa opsyen yang telah dibuat ini adalah muktamad.


Tandatangan:.....................................................
Nama: NICE BIN CANTIK
No. Kad Pengenalan: 123456-XX-1234
Jawatan:PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP17
Tarikh: ...............................................................

Disaksikan Oleh:                                               
Tandatangan: ................................................... Cop Rasmi Jabatan:           
No. Kad Pengenalan: 123456-XX-1234
Nama: HARIMAU BIN NAGA
Jawatan: JABATAN XXXX MALAYSIA
Tarikh: .............................................................

*Tandakan ( Ö  ) dalam kotak berkenaan


SURAT AKUAN DI BAWAH PERINTAH AM BAB A 36(ii)
 








Saya mengesahkan bahawa Encik / Puan NICE BIN CANTIK  No. Kad Pengenalan 123456-XX-1234) telah lulus dalam peperiksaan yang ditetapkan itu seperti keputusan-keputusannya yang berikut di bawah ini:-


Rujukan
Perkara
Tarikh Lulus Peperiksaan

JPA.BK(S)241/52/21-2(38)
Bertarikh: 03.12.2014

Bahagian A – Peraturan - Peraturan Pegawai Awam, Perintah Am, Panduan Pengurusan Pejabat,   Arahan Perbendaharaan Dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam


18.09.2014



IM:101/HQ-C/919/2/7(  )
Bertarikh: 15.12.2014


Peperiksaan Perkhidmatan Pertama Pegawai Imigresen KP17

Bahagian 02 – Dokumen Perjalanan dan Kewarganegaraan





28.10.2014

IM:101/HQ-C/919/2/7(  )
Bertarikh: 15.12.2014


Bahagian 03 – Kawalan Imigresen

29.10.2014







(HARIMAU BIN NAGA)     
Pengarah Jabatan XXX MALAYSIA


Tarikh: 10.10.2015






Tiada ulasan:

Catat Ulasan