Pages

25 Mac 2015

KATA KATA YANG PERLU DIELAK BAGI SEORANG STUDENT ATAU PELAJAR


 Bagi seorang pelajar bermacan cara untuk berjaya , kekadang ada yang berjaya dan ada juga yang gagal oleh itu sebaiknya berusahalah sungguh agar tercapai cita cita dan jangan mengecewakan orang tua anda yang banyak berkorban masa tenaga serta wang ringgit, Di sini disertakan kata kata yang beracun dan cuba elakan...selamat berjaya semua..

1."Saya tidak tahu di mana nak mula "
2. "Banyaknya nak belajar dan masanya sedikit pula"
3. "Susahnya subjek ini, saya tak faham langsung"
4. "Saya baca saya faham tetapi saya tidak boleh ingat langsung"
5. "Agak agaknya saya faham"
6. "Banyaknya nak kena ingat"
7. "Baru sebentar tadi saya ingat sekarang tak"
8. "Tapi saya suka belajar atas katil"
9. "Saya belajar lebih baik pada saat saat akhir"
10. "Saya akan berjaga sepanjang malam sehingga saya habis belajar"

>>Renung renungkan kanlah wahai pelajar sekalian<<

10 Mac 2015

PILIHAN JENAMA SUKAN ADIDAS VS NIKE





Apabila disebut adidas atau nike semua orang kenal dan tahu jenama ini maka terbayang barang satu jenama sukan yang terkenal mahal, branded, mewah berkualiti dan yang penting status pemakainya. Pada masa sekarang Nike mengatasi Adidas disegi pasaran dan kepopularaan. Pada tahun tahun 80an atau 90an adidas merupakan jenama tersohor top ranking di dunia menjelang tahun 2000 hingga sekarang baru Nike berjaya mengatasi Adidas.

Sejarah dua jenama ini seperti berikut Adidas merupakan pengeluar barang sukan berasal dari Jerman yang diasaskan oleh Adolf Dassler pada tahun 1924 .Produk-produknya termasuk kasut, beg, kemeja, tali jam, kaca mata dan barang sukan lain-lain. adidas merupakan pengeluar barang sukan terbesar di Eropah, serta kedua terbesar di dunia, selepas Nike .Nike pula berasal dari Oregon USA .Pada mulanya dikenali sebagai Blue Ribbon Sports (BRS), ditubuhkan dan diasaskan oleh Universiti Oregon dengan atlet trek Philip Knight dan jurulatihnya Bill Bowerman pada tahun 1964. Produk-produknya juga hampir sama dengan adidas termasuk kasut, beg, kemeja, tali jam, kaca mata dan barang sukan lain-lain


Bagi pilihan pengguna pula atas individu dan tidak sama disegi produk contoh kalau kasut bola lebih suka adidas tetapi kalau kasut casual lebih suka Nike, disegi harga dua jenama ini memang mahal sebab itulah ada barang tiruan bertimbun timbun di pasaran yang penting memang dua jenama ini ada power dan standard..



RAKET APACS VS RAKET FLEET




Pada kali ini saya ingin mengetengahkan perihal dua jenama raket badminton yang harga murah dan mampu milik  bagi semua peringkat para peminat Badminton iaitu jenama Fleet dan Apacs .Fleet berasal dari Muar Johor Malaysia tetapi berteknologi Japan manakala Apacs dari Taiwan. Disegi mutu dan kualiti boleh dikatakan dua jenama ini sederhana sahaja manakala harga pula berpatutan dan mampu milik.Bagi raket Apacs yang paling mahal setakat ini ialah Model Apacs Virtuoso Pro (BLUE) berharga RM488.00 dan yang paling murah ialah Model Apacs 100 NED berharga RM89.00 sahaja manakala bagi jenama Fleet model yang paling mahal ialah model Fleet Triotec Woven 3500 berharga RM499.00 dan model yang paling murah ialah model Fleet Training 120g berharga RM89.00 sahaja.


Model Apacs Virtuoso Pro (BLUE)
Fleet Triotec Woven 3500

Apacs 100 NED
Fleet Training 120g

Disegi kualiti dianggap sedehana manakala disegi performance sedehana juga bagi permain yang biasa tetapi bagi yang PRO ada banyak kelemahan bagi kedua dua jenama ini..Pandangan peribadi saya memang tidak sesuai dengan corak pemainan saya..bagi anda semua atas corak pemainan seseorang..kekadang harga mahal tidak sesuai juga kekadang harga murah tetapi amat sesuai dan bertepatan dengan corak pemainan.. rumusan ia amat sesuai bagi pemain yang peringkat rendah dan main biasa biasa,, hendak pasti beli satu cuba try main..ha ha..selamat mencuba.Enjoyy..






09 Mac 2015

RAKET YONEX VS RAKET LI NING




Yonex Model Arcsaber 9FL
Li Ning Model N90 Third Generation

Bagi peminat badminton bila sebut Yonex terbayang raket high class dan harga mahal tetapi best bila main.bagi yang ada duit no hal punya ,kini telah ada pesaing iaitu Li Ning jenama dari China yang kini sudah terkenal seluruh dunia, Pada peringkat pemulaan ramai yang tertanya tanya adakah ok jenama ini.disebab promosi dan diguna oleh jaguh dunia Lin Dan jenama ini dengan pantas menjadi popular. Bila dipakai memang sedap dan berbaloi walau jenama baru..

Sekarang ini raket Lin Ning telah menjadi trend dan memasuki pasaran global dan mengatasi Yonex disegi harganya .Harga raket Li Ning yang paling mahal ketika ini ialah Model N90 Third Generation berharga RM1199.00 manakala yang paling murah model Li-Ning Lin Dan 55 berharga RM209 sahaja manakala raket Yonex yang paling mahal ketika ini ialah model Yonex Arcsaber 9FL berharga RM599.00 manakala yang paling murah ialah model Yonex Basic 5000 (BAS 5000)  berharga RM49.00 sahaja.Bagi ahli dan pakar badminton harga no 2 asalkan main ada feel dan kena dengan corak pemainan..selamat mencuba....


Specifications: N90 Third Generation 
The 3rd Generation of Woods N90. Lin Dan use Racquet.
Model:  3D Break-free N90-III
Name:  badminton racket N90-3(AYPH158)
Material:  Superconducting nano-carbon + Ultra-rigid carbon fiber
TB-NANO + Stabilizeo Torsion Angle   
Wing Stabilizer + Aerotec-Beam System
Product Weight:  W3 (89G)
Grip size:  S2 (3 2/8)
Length:  675MM
Grip Length:  200MM
Balance Point:  302MM
The tube Elasticity:  Moderate
Threading pounds:  main 24-28lbs horizontal 26-30lbs



Specifications:
Yonex® ArcSaber 9FL
(New Color) JP
Stiffness
Mid Flex
Frame Shape
Isometric
New Built-in T-Joint Technology
Frame
HM Graphite
CS Carbon Nanotube Tecnhology
Shaft
HM Graphite
Control Support Cap
Weight
3U / 4U
Total Length (frame tip – handle end)
674mm (26.5 inches)
Grip Size
3UG5
4UG5, 4UG6
Recommended String Tension
Main 20-24lbs
Cross 22-26lbs
Balance Point from Grip End
285-295mm

05 Mac 2015

ARGENTINA NEGARA PENGELUAR UTAMA PASARAN PEMAIN BOLA SEPAK DUNIA

ARGENTINA TEAM
BRAZIL TEAM

Pada kali ini mari kita fokus jumlah pemain negara mana yang menjadi pengeluar pemain ternama di liga utama dunia. Tahukah anda negara mana di dunia ini sebagai pegeluar pemain bola dunia untuk pasaran di seluruh dunia?? jawapannya ialah BRAZIL..Sebab itulah Brazil menjadi terkenal disebabkan Bola Sepak.sejarah silam membuktikan kehebatan Brazil serta juga rekod memenangi Piala Dunia FIFA.Di Brazil Bola Sepak merupakan sumber pendapatan dan pekerjaan utama rakyatnya tetapi baru baru ini telah keluar statistik mengatakan negara pengeluar permain bola sepak untuk pasaran dunia sekarang telah beralih kepada ARGENTINA. Data tersebut melibat permain Argentina yang bermain seluruh dunia di kelab ternama dan kelab tidak ternama di seluruh dunia.Berdasar rujukan saya di beberapa laman web bola sepak popular seperti soccerway,soccernet memang statistik tersebut betul dan tepat.
ARGENTINA
Di bawah ini disertakan data jumlah permain Argentina dan Brazil yang bermain di liga utama Eropah contohnya di Premier League England, Serie A Italy dan Primera Division Sepanyol .Data tersebut melibatkan permain Argentina atau Brazil yang lahir atau asal di dua negara tersebut dan mewakili negara tersebut..saya pilih eropah disebabkan eropah yang menjadi tumpuan peminat seluruh dunia dan nilaian pasaran berjuta dollar atau pounds..kalau di kira jumlah permain yang bermain di lima liga elit Eropah iaitu England, Italy, Jerman, Sepanyol, Francis  jumlah pemain Argentia memang mengatasi tapi tidak jauh beza, Argentina 226 orang dan Brazil 223 orang. Bagi seluruh dunia data belum siap.ha ha ..tetapi liga PORTUGAL tidak diambil kira kerana Portugal negara angkat Brazil sebab itu Portugal macam negara Brazil ..Sebab Brazil ni tanah jajahan Portugal dulu


AKSI PANAS KE DUA PASUKAN
MESSI VS NEYMAR

Rekod pemain Argentina dan Brazil di liga utama Eropah.....
         LIGA                              ARGENTINA                    BRAZIL
Premier League England              30                                     22
Primera Division Sepanyol           81                                     43
Serie A Itali                                   84                                     96
Bundesliga Jerman                       16                                     33
Ligue 1 France                              15                                     29
JUMLAH                                      226                                  223