01 Februari 2015

PROSEDUR DAN SYARAT BAGI PERLANTIKAN BARU BAGI PERKHIDMATAN AWAM


Apabila disebut penjawat awam maka terbayang kerja yang relax dan bergaji mahal serta duduk dalam bilik econd….itu hanya pandangan mereka diluar, sebenarnya tugas perjawat awam  satu kerja yang amat berat dan bebanan yang menimbun berterusan. Risiko amat tinggi jika salah guna kedudukan atau buat kerja tidak amanah serta berkepentingan sendiri risiko amat tinggi kesalahan boleh dicas sehingga pencen.

Di bawah ini disertakan step penjawat awam dari mula dapat terima surat tawaran hingga ke pencen umur 60 tahun nanti, setelah menerima surat pelantikan daripada SPA calon hendaklah memberi jawapan sama ada terima atau tidak tawaran tersebut melalui laman web www.spa.gov.my Sekiranya terima calon hendaklah mencetak dua (2)  salinan surat setuju terima untuk dibawa semasa melaporkan diri di kementerian/jabatan yang berkenaan.

Apabila melapor diri  calon hendaklah membawa dokumen dokumen penting untuk diserah semasa melapor diri di jabatan tersebut seperti :
·         Surat Setuju Terima Pelantikan (SPA.6A)
·         Surat Akuan Sumpah (SPA.6C)
·         Surat Akuan Doktor
·         Salinan IC Dan Salinan Buku Bank Untuk Gaji
·         Tiga (3) Gambar Ukuran Pasport        
                  
Apabila lapor diri calon akan diminta mengisi data peribadi dan Surat Aku Janji, selepas itu Bahagian Sumber Manusia akan membuat pengesahan pelantikan, dokumen perlu untuk proses (PDL) ini ialah salinan :
·         Salinan Surat Setuju Terima Pelantikan (SPA.6A)
·         Salinan Surat Akuan Sumpah (SPA.6C)
·         Salinan Surat Akuan Doktor
·         Salinan Penyata Perubahan (Kew. 8)
·         Salinan Surat Aku Janji
·         Senarai Semak Pengesahan Pelantikan

Apabila memperolehi surat Pengesahan pelantikan dari SPA ia akan direkod dalam buku perkhidmatan kerajaan yang merupakan buku rekod untuk semua proses atau kejadian semasa dalam perkhidmatan. Semasa berkhidmat diletak syarat :
·         Berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun
·         Hadir dengan jayanya program transformasi minda
·         Lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan
·         Patuhi Surat Akur Janji dan Perkeliling Dan Peraturan Dalam Perkhidmatan Awam

Apabila berkhidmat selama 1 tahun keatas dan lulus tiga (3) syarat diatas dan tiada tindakan tatatertib proses kedua ialah Pengesahan Dalam Perkhidmatan. Dokumen yang diperlukan untuk proses (PDP) ini ialah :

·   Jadual Ketiga - Borang Perakuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan - Mengikut P.U. (A) 1/2012
·   Jadual Kelima - Borang Opsyen Bagi Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Mengikut Subseksyen 6A(1) Akta Pencen 1980 - Mengikut P.U. (A) 1/2012
·   Senarai Semak Pengesahan Dalam Perkhidmatan

Apabila memperolehi Surat Pengesahan Dalam Perkhidmatan dari SPA ia akan juga direkod dalam buku perkhidmatan kerajaan. Apabila perkhidmatan cukup tiga (3) tahun proses ketiga ialah Pemberian Taraf Berpencen. Syarat juga sama tiada tindakan tatatertib dan dokumen yang diperlukan bagi (PTP) ialah :

·  Jadual Keenam - Borang Perakuan Pemberian Taraf Berpencen - Mengikut P.U. (A) 1/2012
·     Senarai Semak Pemberian Taraf Berpencen

Apabila memperolehi Surat Taraf berpencen juga direkod dalam buku perkhidmatan kerajaan maka potongan KWSP diberhentikan ,Proses pengeluaran wang boleh dilakukan dengan dokumen dokumen berkaitan DAN happy masa ini sebab aku kaya..he he..selepas penjawat awam tersebut boleh berkhidmat dengan tenang tunggu pencen umur 60 untuk bersara wajib dengan memohon dengan dokumen dokumen berkaitan pula..itu sahaja untuk panduan anda semua tetapi jika dalam tiga (3) tahun tersebut tidak lulus exam atau ada tatatertib proses kedua dan ketiga tidak dapat diproses maka Pelanjutan Tempoh Percubaan perlu dipohon ke SPA .Dokumen yang diperlukan ialah :

·       Jadual Keempat - Borang Perakuan Pelanjutan Tempoh Percubaan - Mengikut P.U. (A) 1/2012
·         Surat permohonan dari pemohon dengan menjelaskan kenapa tidak dapat disahkan
·         Senarai Semak Pelanjutan Tempoh Percubaan
·         Senarai exam yang tidak lulus atau sebab sebab lain yang berkaitan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan