17 Februari 2015

MAKANAN TRADISI KELANTAN SAMBAL BELACAN

SAMBAL BELACAN

Apabila sebut sambal belacan pasti kecur air liur membuat perut menjadi lapar serta merta. Sambal Belacan merupakan satu hidangan sampingan yang biasanya dimakan bersama ikan ataupun ulam. Orang Melayu dan sambal belacan memang tidak boleh dipisahkan malah ada yang tidak berselera makan jika tidak ada sambal belacan.Ia merupakan penambah selera turun-temurun ini yang mudah dibuat dan murah belanjanya sememangnya membuka selera apabila dicecah dengan ikan goreng, ikan bakar, ulam-ulaman seperti jering, petai, pucuk ubi rebus, bendi rebus dan sebagainya asal usul tidak dipastikan dan tiada kajian..mungkin dari zaman kerajaan melaka dahulu!!!

SAMBAL BELACAN

Sambal belacan pada amnya merupakan cili yang ditumbuk bersama belacan, garam dan sedikit gula.sambal belacan juga boleh dicampurkan dengan tempoyak bagi menyedapkannya. bagi mereka yang meminati sambal belacan pedas, cili padi atau juga dikenali sebagai cili api, akan digunakan bagi menggantikan lada besar. juga boleh ditambah dengan limau kasturi sebagai penyedap rasa. Bahan bahan untuk membuat sambal belacan ialah cili besar,cili padi,buah tomato,belacan,asam jawa,garam,gula,limau nipis manakala cara membuatnya ialah tumbuk cili padi dan belacan.lepas tu masukan cili besar tumbuk sederhana atau 3/4 pecah.masukkan buah tomato dan lenyekkan sahaja. air perahan asam jawa campurkan dengan sambal itu tadi. campurkan garam dan gula secukup rasa. kurangkan gula dan elakkan penyakit kencing manis.Cadangan hidangan ia sesuai dan sedap di makan bersama nasi putih, lauk pauk dan ulam timun, Ikan Bakar Tawar .tidak sesuai dimakan bersama nasi beryani atau nasi minyak, namun ianya sebagai penambah selera makan(kecur air liur dah) ha ha ha

IKAN BAKAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan