17 Februari 2015

BRAZIL DENGAN SEJARAH BOLA SEPAK DUNIA

TEAM BRAZIL 2015
TARIAN SAMBA

BRAZILApabila sebut bola sepak maka terpikir dan tidak dapat lari dengan pasukan ini..Sejarah membuktikan Brazil pasukan hebat berkurun lamanya menguasai bola dunia, Pasukan Brazil ialah pasukan bola sepak yang paling berjaya di dunia, dengan lima (5) kemenangan Piala Dunia FIFA, termasuk kejuaraan terakhir pada tahun 2002. Pada masa itu Brazil setiap tahun memduduki ranking no 1 dalam dalam senarai FIFA   Satu jenaka yang biasa didengar dari peminat bola sepak adalah: “Orang Inggeris mencipta bola sepak tetapi orang Brazil yang menyempurna menjadi rajanya." Orang Brazil menyebut pasukan bola sepak negaranya "Seleção". Maksud ialah "pilihan", dan boleh diterjemahkan sebagai "yang terpilih". Nama samaran yang popular ialah "Canarinho" (anak burung kenari) yang merujuk kepada baju yang berwarna kuning (Jersi utama pasukan Brazil).

Brazil amat popular dengan gaya pemainan rentak samba yang memperlihatkan permainan yang cantik dan skill individu menarik, antara bintang ternama yang pernah menjadi kebanggaan Brazil seperti Pele, Romario, Scarotes, Ronaldo, Ronaldinho, Kaka  dan Neymar, Brazil memenangi Piala Dunia sebanyak 5 kali (1958,1962,1970,1994,2002) selepas itu prestasi pasukan ini semakin menurun, rentak samba yang menjadi kebanggaan sebelum ini telah hilang dengan sendiri, Senarai pemain bintang ramai tetapi prestasi pasukan semakin menurun bukti pada Piala Dunia tahun 2014 yang lepas  pasukan ini telah dimalukan di tempat sendiri oleh pasukan Jerman dengan kekalahan paling teruk 1-7 yang menyebabkan seluruh negara menderita termasuk pemimpim negaranya, termasuk juga peminat Brazil seluruh dunia merasa dukacita dengan kekalahan terbesar dan mengejutkan itu..

Pada masa sekarang banyak pasukan yang telah berjaya mengatasi pasukan ini, seperti Jerman, Sepanyol, Argentina, Belanda tetapi disegi sokongan peminat terhadap pasukan tradisi ini tetap kukuh dan teguh bersamamu BRAZIL!!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan