21 Januari 2015

SENARAI PERISTIWA DAN TRAGEDI BERSEJARAH DI KELANTAN

PERISTIWA TRAGEDI/MUSIBAH/BERSEJARAH YANG BERLAKU
 DI NEGERI KELANTAN
Beberapa Peristiwa Tragedi/Musibah Yang Besar Telah Berlaku Di Negeri Kelantan

 1849-Gajah Mengamuk

Ramai penduduk disekitar Kota Bharu yang mati akibat dari seekor gajah yang mengamuk.
Gajah tersebut bernama "Berma Sakti".Gajah tersebut akhirnya dapat di tundukkan oleh
Datok Kaya Pahlawan Kadok.

 1880-Angin Besar
Telah berlaku satu peristiwa taufan yang amat dahsyat di sebut oleh orang tua kelantan
sebagai "Angin Besar". Di katakan bahawa angin ini bertiup pada hari raya haji petang sabtu
13hb Nov hingga waktu subuh hari Ahad. Mengikut cerita orang tua-tua sebelum itu tiada lagi angin yang begitu dahsyat.

1881-Binatang Mati
Segala binatang ternakan habis mati kerana wabak penyakit, mungkin ada kaitan dengan
peristiwa angin besar yang berlaku pada tahun sebelumnya.

1882-Peristiwa Kelaparan
Telah berlaku peritiwa kelaparan. Orang kampung hendak bertanam padi sudah tak dapat kerana segala lembu kerbau yang selalu di guna untuk membajak telah mati akibat dari wabak penyakit pada tahun sebelumnya (mungkin penyakit kuku & mulut tetapi orang zaman itu mana tahu penyakit tersebut). Orang ramai pula telah di serang penyakit taun dan malaria. Ekoran
dari inilah ramai rakyat telah meninggalkan Kelantan untuk pergi mencari makan dan memulakan penghidupan di luar kelantan, antara tempat yang menjadi tumpuan ialah Terengganu, Kedah, Perak dan Johor. Ekoran dari penghijrahan ini ramai orang kelantan di kedah, Johor , perak .tabik kepada mereka kerana berhijrah hanya dengan berjalan kaki merentasi BanjaranTitiwangsa/hutan tebal

1897-Bah Urai
Bandar Kota Bharu telah di landa banjir dan sagala ternakan mati. Dalam waktu yang sama seorang perempuan bernama Urai telah mati di tikam kerana bermukah. Mayatnya telah di heret kedalam air untuk di tanam.

1909-Api Hj Samba
Dalam kebakaran ini telah memusnahkan 390 buah rumah di Kota Bharu yang di percayai bermula di rumah Hj Samba. Oleh itu orang menyebut api Haji Samba.

1910- Lembu Berlawan Harimau
Telah di adakan perlagaan antara lembu dengan harimau yang berlangsung di jel burok jalan Tok Hakim. Harimau tersebut di katakan kepunyaan seorang inggeris. Dalam peristiwa tersebut tiba-tiba harimau melompat keluar dan mencakar orang orang yang berada di situ menyebabkan ramai juga yang mati.

1915-Musuh Tok Janggut
Di antara banyak tragedi yang menjadi sebutan ramai di kelantan ialah cerita pemberontakan tok janggut menentang inggeris di kelantan. Akhirnya beliau gugur sebagai syuhada pada 24 Mei 1915 kerana membela tanah air dari cengkaman pejajah.

1921-Puja Umur
Buat pertama kalinya sambutan Puja Umur atau hari keputeraan sultan. Sambutan yang telah
di adakan selama 3 hari ini di serikan dengan pelbagai permainan kebudayaan rakyat kelantan.


1926-Bah Air Merah
Banjir ini berlaku pada 24hb Dis 1926 yang menenggelamkan bandar Kota Bharu, Pasir Mas dan Kuala Krai. Air banjir ini di katakan berwarna kemerah merahan dan berlaku selama 4 hari. Mengikut cerita orang tua tua itulah banjir yang paling besar yang belum pernah berlaku sebelum ini. Banjir tersebut surut sepenuhnya pada 02hb Jan 1927.

1927-Kota Bharu Terbakar
Sekali lagi bandar Kota Bharu mengalami kebakaran pada malam 13hb jan 1927. Antara harta benda yang musnah ialah 235 buah gudang dan 26 buah rumah. Api ini di katakan datang dari sebuah gudang cina yang terbakar bernama Bah Cik.

1931-Wayang Gambar
Pertama kali tayangan wayang gambar di Kota Bharu. Tayangan tersebut bertempat di panggung Sekebun Bunga Kota Bharu pada 11hb Mei 1931.

1927-Sarkas
Pertama kalinya pertunjukkan sarkas di adakan di kelantan pada 14hb Oktober 1927. Ia amat tersohor dan mendapat sambutan dari rakyat negeri ini

1941-Perang Jepun
Tentera Jepun telah menyerang Kuala Pak Amat pada 8hb Disember 1941 jam 12.25 pagi iaitu kira-kira 10 minit lebih awal dari Jepun menyerang Pearl Harbour di Hawaii USA. Seramai 6,000 orang tentera Jepun mendarat melalui Kuala Pak Amat ini. Jepun di katakan memerintah tanah melayu lebih kurang 3 tahun setengah. pada 15hb Ogos 1945 tentera Jepun menyerah kalah. Walaupun sekejap kesan Jepun di negeri Kelantan ,banyak peristiwa dan kesengsaraan orang kelantan masa ini, paling terkenal penampar jepun, menjadi buruh paksa di sempadan Thailand Burma...

semoga info ini menjadi pengajaran dan buat pengetahuan bagi generasi muda terutama rakyat negeri kelantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan